Posts

Showing posts with the label Kahwin

Ratu Rock Ella Finally Married

Image
Ella sedia pikul tanggungjawab sebagai isteri Azhar Tatap mata penuh romantis dan senyuman manis yang sentiasa terukir menterjemahkan kebahagiaan yang menghuni segenap ruang di hati kecil ratu rock, Norzila Aminuddin atau mesra disapa Ella apabila dirinya sah bergelar isteri kepada juruterbang, Azhar Hussaini Ghazali. Sembilan tahun berkenalan akhirnya membawa mereka ke jenjang pelamin. Dengan sekali lafaz, Ella, 46, sah menjadi isteri kepada Azhar, 32, tepat jam 10.40 malam pada upacara pernikahan penuh sederhana di kediaman orang tua penyanyi itu di Jalan Gelama, Telok Gadong, Klang.  "Syukur dengan restu Allah, akhirnya kami bersatu sebagai suami isteri," kata Azhar selepas selesai upacara pernikahan. Azhar berkata, dia dan isterinya pernah beberapa kali cuba untuk membawa hubungan itu ke satu fasa bermakna. "Barangkali ketika itu kami belum matang dan tidak cukup ilmu, jadi niat suci itu cuma tersimpan tanpa ada tindakan lanjut. Tetapi kami berdu...