Izwan Pilus Meninggal Dunia


KUALA LUMPUR 20 Jan. - Penyanyi Izwan Pilus telah dilaporkan meninggal dunia pada jam 6:15 petang tadi akibat jangkitan kuman pada darah.

Berita pemergian abang kepada bintang Akademi Fantasia (AF7) Ariel ini telah disahkan beberapa rakan artis termasuklah Aznil Haji Nawawi dan Dato' Siti Nurhaliza melalui laman sosial Twitter masing-masing.

Kebanyakan rakan artis telahpun menggunakan laman tersebut mengucapkan takziah atas pemergian Allahyarham.

Namun setakat ini, tiada sebarang kenyataan rasmi dari pihak keluarga Allahyarham Izwan Pilus.

Allahyarham dikenali dan mendapat perhatian peminat-peminat Artis tanah air menerusi lagu 'Kembali Senyum' yang merupakan lagu adaptasi Filem Korea 'Full House'. 

Source: KL Pos


May your soul rest in peace Izwan Pilus.

News about it in OhBulan!

Comments

Popular posts from this blog

Contoh Soalan Q&A Pertandingan Unduk Ngadau

Darren Choy is not father of Daphne Iking's child