Erra Fazira enggan komen kenyataan suami

Erra Fazira

KUALA LUMPUR: “Saya enggan memberi sebarang komen mengenai rumah tangga kerana ia terlalu peribadi. Setiap bait jawapan saya kelak, bimbang disalah erti dan memberi kesan buruk. Harap semua pihak faham,” kata aktres dan penyanyi popular, Fazira Wan Chek, 38, atau Erra Fazira.

Erra meluahkan rasa hatinya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada wartawan Berita Minggu yang cuba mendapatkan reaksi bintang popular itu susulan pengakuan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin yang menafikan berkahwin lain, tersiar dalam akhbar tempatan, semalam.
Dalam SMS itu, Erra mempertahankan pendirian untuk tidak mengulas lanjut isu rumah tangganya serta berharap semua pihak memahami situasi dihadapinya.
Berita Harian semalam melaporkan, Emran menafikan berkahwin lagi seperti yang dihebohkan.

Emran menjelaskan, selama ini, beliau enggan bersuara kerana tidak mahu membesarkan isu yang tidak benar.

Bagaimanapun, katanya, beliau terpaksa membuat ulasan selepas melihat isu rumah tangganya makin hebat diperkatakan.

Emran mendakwa, beliau dan Erra masih tinggal sebumbung dan tidur sekatil, malah beliau pulang ke rumah setiap hari.
Ini kali pertama Emran mengulas isu rumah tangganya selepas lama berdiam diri.

Spekulasi pergolakan rumah tangga Erra yang mula dikenali menerusi filem Sembilu timbul selepas ada pihak mendakwa Emran berkahwin lain. Bagaimanapun, gosip itu disangkal Erra sambil meminta semua pihak mendoakan yang terbaik kepada mereka.

Erra dan Emran bernikah pada 10 Oktober 2007 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya, berusia tiga tahun.


Source: Berita Harian Online

P/S: Be strong Erra!

Comments

Popular posts from this blog

Contoh Soalan Q&A Pertandingan Unduk Ngadau

Darren Choy is not father of Daphne Iking's child