Juruterbang warga Singapura maut pesawat ringan terhempas

PONTIAN: Seorang juruterbang warga Singapura terbunuh selepas pesawat ringan yang dipandunya terhempas di sebuah kebun sawit di Parit Puasa-Parit Ali, Kampung Dalam, Ayer Baloi di sini, petang tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Pontian Deputi Superintendan Tan Moh Chuan berkata, polis menerima panggilan mengenai kejadian pada jam 2.10 petang. 

Mangsa dikenali sebagai Samuel Lim Shi Min, 24, dan mayatnya dibawa ke Hospital Pontian untuk bedah siasat. 
Pesawat yang terhempas adalah pesawat ringan satu tempat duduk.

Tan berkata, pihaknya menyerahkan kepada Jabatan Penerbangan Awam untuk siasatan lanjut. - BERNAMA

-------

Let us all take a moment and pray for their souls. Amen.

Comments

sedihnya..bnyk kejadian yg sedih
SteffianaJ said…
Marilah kita sama-sama berdoa untuk soul dorg k. Amen.

Popular posts from this blog

Contoh Soalan Q&A Pertandingan Unduk Ngadau

Darren Choy is not father of Daphne Iking's child