Pertandingan Sukan Tradisi Sempena Perayaan Pesta Kaamatan

Hi everyone,

Harvest Festival or Tadau Kaamatan is just around the corner. There will be a lot of activities held during this one of the biggest event in Sabah. One of it will be Traditional Sports Competition or Pertandingan Sukan Tradisi which will be held at Hongkod KDCA Hall organised by Lembaga Sukan Negeri Sabah. Come and join the fun while learning the uniqueness of Kadazan Dusun Murut culture! : )

Below are the information which can be found in Lembaga Sukan Negeri Sabah's website:

PENDAHULUAN



Seperti pada tahun-tahun lepas, Sukan Tradisi adalah merupakan salah satu daripada acara yang diadakan sempena dengan Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah.  Dalam konteks ini, Lembaga Sukan Negeri Sabah diberikan tanggungjawab dan peranan sebagai Jawatankuasa Penganjur   untuk merangka dan seterusnya melaksanakan program yang   telah dirancang.

Borang-borang penyertaan boleh diperolehi di Pejabat Am, Ibu Pejabat Lembaga Sukan Negeri Sabah, Kompleks Sukan Kota Kinabalu pada masa pejabat atau menghubungi melalui talian telefon Urusetia Jawatankuasa Sukan Tradisi seperti di bawah untuk sebarang pertanyaan/maklumat:-  

         1. Puan Clare Jimoning  : 016 – 8386292 (H/P) / 088 – 240717 (Pejabat)

         2. Cik Carolyn Patrick : 019 – 8238366 (H/P) / 088 – 215730 (Pejabat)

atau melalui internet di alamat :  http://www.sabah.gov.my/ls        

Pendaftaran penyertaan juga boleh dibuat pada hari acara tersebut dijalankan iaitu sebelum acara pertandingan dimulakan.Untuk makluman, semua borang pendaftaran juga boleh diperolehi melalui Pejabat-Pejabat Daerah dan Pejabat-Pejabat PKR diseluruh Negeri Sabah. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar terus kepada:-

Urusetia,
Jawatankuasa Sukan Tradisi Pesta Kaamatan
Peringkat Negeri Sabah Tahun 2012
Lembaga Sukan Negeri Sabah,
Beg Berkunci 142,
88994 KOTA KINABALU.
Faks : 088 – 217830

atau e-mel ke alamat : lsns@sabah.gov.my


ACARA DIPERTANDINGKAN

 a) Gusti Tangan (Mipulos)

 b) Melastik (Momolisitik)

 c) Menyumpit (Monopuk)

 d) Rampanau (Berjalan menggunakan Galah Berkaki)

 e) Terompak Gergasi

 f)  Angkat Padi (Mamagandal) - Lelaki sahaja

 g) Tumbuk Padi (Tumutu)

 h) Mobpiri Mangapui (Menyalakan Api)

 i)  Migazat Dukug (Tarik Tali)

 j)  Tobijurung  (Membujak ) - Lelaki sahaja

 k) Migogo - Lelaki sahaja

Terbuka kepada semua individu yang berumur 18 tahun ke atas pada 30 Mei 2012. Penyertaan adalah percuma. Walaubagaimanapun, sebarang kos perbelanjaan yang terlibat untuk menyertai acara ini adalah ditanggung oleh peserta itu sendiri.

Source: Lembaga Sukan Negeri Sabah




Interested in participating? You can find more info about their synopsis, registration form, rules & regulation by visiting their website.

Good Luck & Kotobian Tadau Tagazo do Kaamatan in advance!

P/S: Don't forget to look into the synopsis of those traditional sports. They provided a lot of info there. Good job LSNS!

Comments

Popular posts from this blog

Contoh Soalan Q&A Pertandingan Unduk Ngadau

Darren Choy is not father of Daphne Iking's child