Kapal Petronas di Labuan Terbakar



26 Julai 2012, Labuan - Kejadian berlaku 2.30 pagi tadi. Letupan sangat kuat sampai the whole Labuan boleh dengar. Harap tiada kemalangan jiwa. Let's pray for them.

Source: Facebook



Source: Facebook


Kejadian dipercayai diakibatkan sambaran kilat sewaktu proses pemunggahan kargo methanol. Kebakaran yang bermula daripada kawasan dek (depan atau tengah, forward or amidships), diikuti beberapa siri letupan telahpun merebak sehingga ke accomodation.

Kebakaran bermula sekitar jam 2 pagi, dipercayai ketika kargo sudah hampir penuh. Merujuk kepada gambar terbaru pagi ini, api masih belum dapat dipadamkan sepenuhnya, tetapi kapal dilihat telah rosak teruk dan menyenget ke tepi sebelah kiri (listed to portside).

Tiada berita tentang keadaan ruang enjin.

Letupan boleh didengari hampir ke seluruh Pulau Labuan.

Sehingga jam 9 pagi, tiada lagi liputan media oleh sebarang agensi berita tempatan.

Akibat letupan, terdapat bahagian dek yang telah terbuka (peel off).

Beberapa buah bot tunda turut terlibat dalam usaha memadam kebakaran dan evakuasi krew kapal.

Gambar terbaru jam 0920 pagi mendapati Bunga Alpinia telah ditarik keluar menjauhi dermaga.

Kapal ini mempunyai krew warganegara Malaysia, Filipina dan India.

Krew dipercayai telah meninggalkan kapal setelah mendapat arahan nakhoda. Walaubagaimanapun, lima (5) orang krew dipercayai hilang akibat impak letupan. Nasib mereka masih belum diketahui.

Timeline & Kemaskini Selepas Jam 1100
0730: Berlaku letupan yang menerbangkan sekeping plate besi berukuran15-20 meter
1115: Masih terdapat bunyi letupan yang kedengaran
1117: Sumber memaklumkan kapal tersebut telah tenggelam di hadapan pelabuhan
1142: Satu jenazah telah dibawa ke Hospital Labuan
1200: Sumber memaklumkan jenazah yang dibawa ke Hospital Labuan adalah greaserwarganegara Malaysia, berasal daripada Melaka.
1300: 4 disahkan masih hilang dan usaha mencari dan menyelamat menghadapi kesukaran kerana kapal masih terbakar. Fire Fighting Vessel terus berusaha menyejukkan bahagaian buritan / sterndan ship side berhampiran accomodation bagi mengelakkan 1000 tan fuel oil yang masih masih berada dalam tangki kapal.
1356: Api hampir dapat dikawal sepenuhnya

Butiran Kapal
Nama: Bunga Alpinia
Jenis: Kapal Tangki Kimia / Chemical Tanker
Nombor Rasmi: 334177 (Malaysia)
Nombor IMO: 9389538
Call Sign: 9 MLE 4
Pelabuhan Daftar: Port Kelang
Tahun Bina: 2009
Tahun Daftar: 2010
DWT: 37961
GRT: 25709
NRT: 9363
Panjang: 172.87 meter
Lebar: 32 meter
Draf: 16 meter
Pemilik: MISC Berhad

More pics available here.

Source: Perkapalan Malaysia

Comments

RichardCM said…
hope no one losing life
SteffianaJ said…
A greaser from Melaka was found dead and was sent to the hospital for post-mortem. Another 4 missing. Huhu. Hope they will be safe.

Popular posts from this blog

Contoh Soalan Q&A Pertandingan Unduk Ngadau

Darren Choy is not father of Daphne Iking's child