14 syarikat Malaysia terbaik di Asia Pasifik
Forbes Asia iktiraf firma bersaiz kecil, sederhana Kuala Lumpur: Sejumlah 14 syarikat Malaysia disenaraikan dalam kategori ‘Terbaik di Bawah Satu Bilion’ Forbes Asia 2012 yang menyenaraikan 200 syarikat bersaiz kecil dan sederhana terbaik dari 15 negara Asia Pasifik. Senaraian oleh majalah perniagaan terkemuka itu bagi mengiktiraf syarikat senaraian awam terbaik Asia Pasifik yang mencatatkan pendapatan tahunan antara AS$5 juta (RM15.8 juta) hingga AS$1 bilion (RM3.16 bilion). Kepelbagaian dan dinamik syarikat berkenaan petanda baik bagi rantau itu terutama ketika ekonomi global tidak menentu”. - Tim Ferguson, Pengarang Forbes Asia Turut diambilkira adalah pendapatan bersih yang positif dan didagangkan di pasaran saham lebih daripada setahun. Syarikat Malaysia dalam senarai itu ialah Benalec Holdings Bhd; Boilermech Holdings Bhd; CBSA; Digistar Bhd; EA Holdings Bhd; Hartalega Holdings Bhd; M-Mode Bhd; MSM Malaysia Holdings Bhd; Mudajaya Group; SKP Resources Bhd